Kesedaran Kdb Dan Perisian Komputer

14 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu – 13 Oktober 2019, bermula jam 2.00 sehingga 4.00 petang, Pusat Internet PPR Taman Malihah telah mengadakan satu aktiviti kepada komuniti sekitar Taman Malihah. Aktiviti ini diadakan di Bilik Latihan PI yang terdiri daripada pelajar sekolah.

Tujuan bengkel adalah untuk memperkenalkan pelajar kepada perkakasan komputer dan mempelajari jenis-jenis dan fungsi perkakasan komputer.

Kelebihan dan kebaikan:
• Dapat mengetahui fungsi asas perkakasan komputer seperti mouse, Graphic Card dan sebagainya
• Dapat mengenal pasti perkakasan komputer.

Bengkel ini juga terisi dengan pengisian kempen kesedaran awam mengenai "Klik Dengan Bijak" dan Advokasi. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali